CINTA Itu NIKMAT ("v")
"v"
Cinta itu suci. Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri.
Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti sebuah cinta yang dikatakan kekal abadi selamanya. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai cinta suci dinodai denagan titik-titik "HITAM" kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat BODOH SOMBONG mendefinasikan cinta sebagai sebuah ikataan yang luhur murni juga yang mengHALALkan yang HARAMMM..
SIAPA yang harus dipersalahkan???
TEPUK dada tanya pada IMAN itu sendiri..
Sudah BERCAHAYA laGi BERRSULUH, lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri. Tidak kiralah yang terpaksa, tambahan yang rela, lebih pula yang suka-suka.
Tanya diri KITA senDIRi, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan MARUAH kita sebagai UMAT ISLAM yang berpegang teguh dengan agama yang sememangnya suci.
REMAJA kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu serakah yang menjadi RAJA(KING) dan TUAN (MASTER) sehingga diibaratkan seperti mengikut kehenadak sendiri.
Kegharaihan kita mengejar kenikmatan cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa. Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin berRAJA memerintah akal fikiran yang waras.
Buktinya, ramai antara kita semakin terdedah dengan gejala-gejala sosial. Maruah hilang entah kemana, malu sudah tidak bertandang takut kepada-Nya JAUH sekali. Yang perempuan menggoda, yangg lelaki tergoda.
Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia. Lebih parah pula apabila LELAKI bersikap habis madu sepah dibuang. Yang perempuan pula bersikap pendeka akal denagan CUBA-CUBA membunuh diri. Padahal sikap mereka yang mendorong meraka MENGHANCURkan KEHIDUPAN meraka sendiri.
Hakikatnya kini, cinta sudah menjadi satu gaya(trend) dalam kehidupan kita. Kita lebih cederung mengelaskan mereka yang kononnya tidak bercinta atau Ber"couple" itu seorang yang kolot, ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku. Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta.
Realitinya, mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai "CINTA MONYET" merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu.
Apakah kita tidak malu berpeleseran denagan pasangan kita??!!
Ditunjuk-tujuk lelaki yang dia cintai kepada tontonan umum. Kononnya mereka mempunyai teman lelaki sahaja tidak kepada orang lain. Perbuatan ini diibaratkan meletakan muka dipunggung sendiri. Menandakan betapa jatuhnya nilai itu jika berbuat demikian. Maruah seperti jatuh bergolek entah kemana.
Siapa yang suka akan gelagat mereka 24 jam yang seperti suami isteri padahal sememangnya orang tahu meraka bukan suami isteri tanpa segan silu.
Pelbagai perasaaan timbul ekoran perbuatan mereka itu, bertambah-tambah benci yang terlampau dari orang sekeliling memandang yang telah dibutakan mata dan ditulikan telinga dari mendenagar terguran orang. Ibu bapa pula sekaarang tidak mampu untuk melarang perbuatan anak atau anak-anak mereka yang terus hanyut dalam dunia meraka sendiri.
Ibu bapa yang sengaja membuat endah tak endah apabila anak perempuan balik dengan lelaki yang entah siapa-siapa.
Perbuatan ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang kemuka ibu bapa kita dan juga anggota keluarga. Usahlah mencipta kenikmatan yang tidak berpanjangan , kelak binasa maruah sendiri.
Allah S.W.T telahh menentukan jodoh kita sejak sebelum lahir lagi dan sehingga mati kita siapa jodoh yang akan bekekalan hingga hembusan nafas yang dihirup buat penghabisan. Kolot tiada definesi dalam cinta. Cinta yang dikatan seperti monyet bercinta (cinta monyet) boleh menggunda pelbagai masalah nanti. Belum pernah ada seorang pun yang mati disebabkan cinta tidak hadir dalam hidupnya. Jiak ingin merasai nikmat cinta yang palsu itu dalam neraca dan sebelahnya lagi letak IMAN itu sendiri dan ketahuilah yang mana baik buruknya.
Adakah ingin menggadai maruah yang dijaga selama ini rosak dengan tidak sampai sesaat pun, bahkan dosa pula yang menambah.
PEREMPUAN ketahuilah yang pasti akan menanggung derita akibat cinta yang tidak kesampaian yang di anggap suci suatu ketika dahulu.
LELAKI wajib bukan lagi harus, bertanggungjawab akan apa yang telah dilakukan kepada si PEREMPUAN. Kedua-duanya harus menanggung. BERANI buat maka BERANI TANGGUNG
Cinta itu buatkan kita lupa dunia bahkan akhirat kelak.
Walaupun mampu menjaga nafsu serakah itu TETAPI lebih baik JANGAN sesekali.
TAPi AWAS!!!!??